Antara Gopeng dan Pasir Puteh
Author: rosleebakery // Category:Kampungku ialah Gopeng iatu sebuah bandar kecil yang terletak kira-kira 20 km dari Ipoh, ibu negeri Perak,Malaysia.Gopeng juga terkenal dengan gua batu kapurnya, Gua Tempurung. Jadi sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu aku akan pulang melawat keluarga. Tambahan aku mengajar sesi petang. Jadi, bertolak jam 7 lebih dari rumah dan lebih kurang pukul 10 aku berangkat pulang...
Tidak banyak bangunan2 besar di Gopeng. Kepada mereka yang pernah menjejakkan kaki di Gopeng mungkin pernah melihat salah satu daripada berikut:
Pasar Besar Gopeng-Medan Purnama-Pejabat Pos Gopeng-Balai Polis Gopeng- Stesen Bas Gopeng
Kebanyakan penduduk Gopeng akan menuju ke Ipoh untuk menghabiskan waktu malam hujung minggu mereka di mana lebih banyak tempat untuk membeli-belah dan bersantai. Tetapi kini mungkin ramai sudah ke batu Gajah atau ke Pasir Puteh. Terpulanglah. Aku yang tggl di Pasir Puteh sudah mewah dengan Tesco, Pasa Bina, Kamdar. Mungkin sesekali aku ke Ipoh membeli barang yang tak ada di sini.
Kehidupan di Gopeng dihidupkan lagi dengan kehadiran pasar-pasar pagi dan juga pasar malam. Pasar pagi di Gopeng dibuat pada hari Selasa atau lebih dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Lambak Selasa. Istilah ini telah digunakan sekian lama khususnya masyarakat Rawa atau Orang Rao di Gopeng. Pada hari Jumaat pula, pasar malam pula diadakan di Gopeng.
0 Responses to "Antara Gopeng dan Pasir Puteh"
Post a Comment